Saturday, July 4, 2009

Panduan Webmaster oleh google.

Adakah blog atau web anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh google. Jika tidak saya cadangkan anda berbuat demikian. Ini kerana garis panduan dapat meningkatkan trafik anda disamping menyenaraikan halaman anda disenarai engin pencarian google. Saya cadang anda mula membaca garis-garis panduan tersebut dimana google ada mengariskan panduan tentang

1)Garis panduan design dan kandungan halaman blog atau web.
2)Garis panduan teknikal.
3)Garis panduan kualiti.

Jadi elok anda luangkan sebentar masa memikir dan membaca apa yang google mahukan untuk memudahkan anda. Jangan tunggu lagi sila lawati http://www.google.com.my/support/webmasters/bin/answer.py?answer=35769

Friday, July 3, 2009

Apa yang perlu ada pada blog untuk menarik pengunjung?

Hari ini ramai diantara pengusaha atau pengendali blog melibatkan diri didalam perniagaan internet ataupun internet online marketing. Pelbagai jenis blog yang kita dapat lihat dengan pelbagai jenis dan cara. Ada blog yang sememangnya menghasilkan pendapatan yang lumayan. Ada blog yang hanya sekadar melepas batuk ditangga. Sekadar mengetap bibir melihat sample check atau payment yang didapati dari blog lain. Tak ramai Bloggers yang serius terhadap pengiklanan diblog, affliate, posting, keyword dan trafik blog. Bagi seseorang blogger yang prihatin terhadap pendapatan online atau bloggers sepenuh masa tentu perkara-perkara tadi memainkan peranan dalam setiap posting dan isikandungan blog yang mereka usahakan. Ada bloggers yang memang memerlukan pendapatan internet tetapi tidak serius terhadap perkara-perkara berkaitan.

1) Iklan
- Iklan diblog adalah satu sumber pendapatan sampingan kepada bloggers. Kenapa orang ingin iklan di blog atau web anda?? tidak lain tidak bukan "trafik" atau "hits" yang banyak.

2) Affliate
- Affliate jugak satu sumber pendapatan yang menjana untuk bloggers. Tetapi anda harus bijak bermain dengan affliate. Ini kerana jika banyak affliate yang anda linkkan akan menyebabkan kejatuhan rank anda di google search. Tidak perlu terlampau banyak affliate sehingga menganggu proses loading atau minat pengunjung untuk membaca blog anda.

3) Posting
- Posting adalah satu cara anda menarik trafik kepada blog anda. Adakah anda rasa posting anda sebelum ini berkualiti dan memang menarik minat pembaca untuk membaca?? Lakukan "research" kenapa orang membaca sesuatu posting blog anda.

4) Keyword
- Adakah anda tahu apa itu keyword? apa fungsi keyword? bagaimana keyword membantu anda?. Adakah keyword anda berkualiti tinggi dan mendapat perhatian ramai? Lakukan "research" keyword apa yang anda search akan ada list blog anda di "google search" tak kira page number berapa asalkan ada alamat blog anda. Kat mana nak tulis keyword? Kat mana-mana saja asalkan ada keyword berkualiti. Anda juga boleh letak dilabel post. Contoh yang saya pakai untuk keyword artikel ini. ( Jutawan Internet , Buat duit Online , Duit Jatuh Keriba ).

5) Trafik
- Apa sumbangan trafik kepada blog anda? Anda tentu dapat menjawabnya sendiri. Bila ramai atau banyak trafik bermakna banyak peluang anda untuk dapat iklan atau hits untuk "Adsense".


Setakat ini dulu posting dari newbie yang tak seberapa ini.